Thursday, August 1, 2013
JOm BerBelanja dengan Pemerintah Hati Rakyat
Alhamdulillah,
Tahniah diucapkan kepada rakyat TUKAR kerana telah berjaya membuat keputusan yang betul. Bila mana semuanya mengucapkan syukur, aku pun turut bersyukur kerana walaupun aku tiada habuan hanya mama yg dapat RM500. Syukur kerna kerajaan TUKAR, Penang & Selangor berjaya mengeluarkan hasil negeri untuk diagihkan kepada rakyat secara baik.
Bantuan perbelanjaan sempena hari mulia Hari Raya ini aku kira satu inisiatif kerajaan TUKAR yang sangat baik untuk membuktikan bahawa kerajaan TUKAR mampu menjadi Pemerintah berHati Rakyat. Aku kira ini bukanlah untuk memancing undi akan datang seperti yg rajin di buat oleh kerajaan lawan di saat2 genting kekalahan dengan pancingan wang habuan dunia semata pengabur mata. Tetapi ini adalah bukti kejujuran kerajaan TUKAR yang berusaha untuk memberi kemudahan, kesenangan kepada rakyat yang selama ini sudah sepatutnya diberikan dari dulu lagi kerana ia merupakan HAK rakyat.
Aku puji perlaksanaan bantuan ini yang mana aku kira lebih banyak daripada kerajaan persekutuan bagi. Gembira juga bila mama (pengundi kerajaan lawan) sendiri kata "Ini la ni, waktu mau pancing undi baru di bagi setengah bulan gaji". Haha. Lucu pulak. Tapi yang peliknya, tetap juga nak undi dia. "Untuk masa depan". Huhu. Apa2 pun tahniah kerajaan TUKAR.
Bagi mana-mana pemerintah negeri mahupun negara yang suka bagi makan anak bini keluarga dengan duit yang patut disalurkan pada rakyat tu sudah2 la. Taubat la, bukan tau buat jak. Bagi semula hak rakyat pada mereka. Jangan ingat kami (rakyat) tak tahu. Kalau pun kami tak tahu semua, ingatlah ALLAH Maha Mengetahui. Jaga-jaga, kalau tak dapat habuan di dunia, takutlah akan ada habuan di akhirat nanti. Tu la, nak sangat jadi pemerintah. Kami (rakyat) tak kisah kalau pemerintah jujur, tapi tu la kalau ada yang terasa tu, wahai pemerintah2 makan duit haram, tolonglah sedar. Semakin hari umur kita semua bukannya makin banyak, tapi makin sedikit tau, bila sampai ajal nnti xsempat minta maaf pd rakyat yg dizalimi baru tau. Ada tuntutan di akhirat kelak. Jangan ingat PTPTN jak ble tuntut. PTPTN tu bagus lg la guna surat. Nanti di padang mahsyar, tak da dah surat2 terus face to face dah. Nauzubillah.
Moga Allah jaga kita dari azabNYA.
~MRB~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment