Thursday, August 1, 2013

Assalamualaikum Ya Rasulullah


Bismillah, Salam jumaat. Hari jumaat yg mulia ini, jom kongsi...!!! Kongsi apa??? Kongsi pahala la.

Banyak perkara kita boleh buat dlm hari jumaat ini. Hari ini hari penuh barakah. Pelbagai perkara-perkara sunnah yg boleh kita lakukan di hari mulia ini. Rasulullah juga panggil hari ini hari kemenangan org Islam. Rasulullah suka pakai pakaian baginda yang paling cantik pd hari ini. Sebab apa? Sebab hari ini hari special la, bak kata Ustaz Don.


1. JOm selawat ke atas rasul junjungan sebanyak mungkin. Terdapat ganjaran berlipat ganda juga yg dijanjikan Allah selain menjadi syafaat/penolong kita d padang mahsyar kelak.


Subhanallah. Berganda-ganda kelebihannya. Adapun bukan hanya sekadar nak pahala semata atau semata-mata hanya nak mengejar syurga. Memang la masuk syurga adalah impian setiap umat manusia. Tapi aku teringat akan satu pertanyaan, "Jika tiada syurga masihkah kamu menyembah Allah?". Pertanyaan ini adalah bait lagu penyanyi indonesia yg aku lupa namanya. Memang memberi peringatan. Betul juga katanya. Adakah kita beribadah membuat amalan hanya sekadar ingin mendapat syurga Allah sahaja. Alangkah indahnya jika segalanya hanya kerana ingin mendapat redhaNYA. Keberkatan dan keredhaan ALLAH dalam kehidupan dan alam yg lain.


Ada juga diceritakan amalan ini dlm al-quran.Subhanallah. Apa lagi, jangan kita peringankan perkara yg berat ganjarannya ini. Begitu mudah untuk membuat amal, Allah dah bagi kemudahan, sayang kita tak buat. Memang bukan amalan wajib, cuma amalan sunat bila mana dilaksana dpt pahala dan jika tak buat tak dpt dosa. Tpi jom tukar persepsi itu kepada sayang tak buat sebab mudah belaka.

2.Selain itu, amalan memotong kuku. Kadang-kadang kita potong kuku tak kisah hari apa. Sedangkan ada hari sunat untuk laksanakannya iaitu pada hari jumaat, isnin dan khamis, setakat yg aku blajar la. Dan cara potong pun ada sunnahnya. Bukan semberono main potong saja. Baik kiranya dijaga adab memotong kuku ni, subhanallah. Jika semua berjalan lancar, lebih banyak ganjaran yg bakal kita dpt dari Maha Pencipta.


3.Terdapat juga perkara lain yg boleh dilakukan pada hari ini. Berikut adalah antara adab-adab ketika berada pd hari mulia ini.


Wah. Aku dah bersemangat ni nak cuba buat satu persatu. Harap dipermudahkan. Bagi yang tak mampu nak buat semua, jom kita amlkan prinsip ini, "Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua". Biar semangat beribadah dan membuat amalan tak pudar dlm hidup kita. Sekurang-kurangnya ada walaupun sedikit, sebab amalan sedikit tetapi istiqamah itu lebih baik di sisi Allah dan lebih dicintai Rasulullah daripada amalan banyak tetapi tidak istiqamah. Tetapi amalan sedikit itu pula janganlah di buat sambil lewa sahaja, hanya sekadarnya. Biarlah walupun sedikit tetapi dilaksanakan dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas kerana Allah. Jom, biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

InsyaAllah azam.

~MRB~

No comments:

Post a Comment