Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...
Teringat kata2 sorg ustz, "org kaya slalu d anggap senang,tetapi adakah kesenangan itu ada pd org kaya?".
Persoalan itu membuatkan aku b'fikir tntang kejadian bunuh bru2 ini yg rata2 t'jadi kpd golongan usahawan,hartawan belaka.
Benar kata ustz tu yg menunjukkan bhwa ksenangan itu bukan pd ukuran hrtanya. Setiap kta akn d uji. Kesenangan juga adlah 1 ujian Allah jg. Bila kaya,tak semestinya senang. Ada juga susahnya. Sentiasa berusaha menjaga harta. Ada yg hingga lupa akn asal usulnya sbg manusia,sbg anak seorg wanita,abg n kakak seorg adk yg memerlukan. Tp ada yg kerap bsedekah pd jalanNya. Bila dia igtkan Tuhannya. Demikianlah kita d uji.
Kesenangan itu subjektif. Mana mungkin kta yakin bhwa stiap org kaya itu rasa senang hidupnya. Manatau dia hidup dlm kegeligahan serta ketakutan yg kta tak dpt nak jangka. Kesenangan itu ada jg pd si miskin yg b'syukur dgn Tuhannya,bsyukur apa adanya. Tidak meminta2. Mengusaha tlg empat kerat demi sesuap nasi. Tapi pkrjaannya halal dan hidupnya b'sdrhana apa adanya.
Buat si kaya,jgn lupa tidak selama2nya kau d atas dan hartamu itu ada hak org lain jg ke atasnya yg kau perlu zakatkan,sedekahkan. Buat si miskin, jgn kau lupa syukur dan jgn kau meratapi,sesungguhnya ada rezeki utkmu yg takkan kau sangka2 dtgnya dri mana andai kau insan b'taqwa. InsyaAllah.
~MRB~
Sunday, August 4, 2013
Thursday, August 1, 2013
JOm BerBelanja dengan Pemerintah Hati Rakyat
Alhamdulillah,
Tahniah diucapkan kepada rakyat TUKAR kerana telah berjaya membuat keputusan yang betul. Bila mana semuanya mengucapkan syukur, aku pun turut bersyukur kerana walaupun aku tiada habuan hanya mama yg dapat RM500. Syukur kerna kerajaan TUKAR, Penang & Selangor berjaya mengeluarkan hasil negeri untuk diagihkan kepada rakyat secara baik.
Bantuan perbelanjaan sempena hari mulia Hari Raya ini aku kira satu inisiatif kerajaan TUKAR yang sangat baik untuk membuktikan bahawa kerajaan TUKAR mampu menjadi Pemerintah berHati Rakyat. Aku kira ini bukanlah untuk memancing undi akan datang seperti yg rajin di buat oleh kerajaan lawan di saat2 genting kekalahan dengan pancingan wang habuan dunia semata pengabur mata. Tetapi ini adalah bukti kejujuran kerajaan TUKAR yang berusaha untuk memberi kemudahan, kesenangan kepada rakyat yang selama ini sudah sepatutnya diberikan dari dulu lagi kerana ia merupakan HAK rakyat.
Aku puji perlaksanaan bantuan ini yang mana aku kira lebih banyak daripada kerajaan persekutuan bagi. Gembira juga bila mama (pengundi kerajaan lawan) sendiri kata "Ini la ni, waktu mau pancing undi baru di bagi setengah bulan gaji". Haha. Lucu pulak. Tapi yang peliknya, tetap juga nak undi dia. "Untuk masa depan". Huhu. Apa2 pun tahniah kerajaan TUKAR.
Bagi mana-mana pemerintah negeri mahupun negara yang suka bagi makan anak bini keluarga dengan duit yang patut disalurkan pada rakyat tu sudah2 la. Taubat la, bukan tau buat jak. Bagi semula hak rakyat pada mereka. Jangan ingat kami (rakyat) tak tahu. Kalau pun kami tak tahu semua, ingatlah ALLAH Maha Mengetahui. Jaga-jaga, kalau tak dapat habuan di dunia, takutlah akan ada habuan di akhirat nanti. Tu la, nak sangat jadi pemerintah. Kami (rakyat) tak kisah kalau pemerintah jujur, tapi tu la kalau ada yang terasa tu, wahai pemerintah2 makan duit haram, tolonglah sedar. Semakin hari umur kita semua bukannya makin banyak, tapi makin sedikit tau, bila sampai ajal nnti xsempat minta maaf pd rakyat yg dizalimi baru tau. Ada tuntutan di akhirat kelak. Jangan ingat PTPTN jak ble tuntut. PTPTN tu bagus lg la guna surat. Nanti di padang mahsyar, tak da dah surat2 terus face to face dah. Nauzubillah.
Moga Allah jaga kita dari azabNYA.
~MRB~
Assalamualaikum Ya Rasulullah
Bismillah, Salam jumaat. Hari jumaat yg mulia ini, jom kongsi...!!! Kongsi apa??? Kongsi pahala la.
Banyak perkara kita boleh buat dlm hari jumaat ini. Hari ini hari penuh barakah. Pelbagai perkara-perkara sunnah yg boleh kita lakukan di hari mulia ini. Rasulullah juga panggil hari ini hari kemenangan org Islam. Rasulullah suka pakai pakaian baginda yang paling cantik pd hari ini. Sebab apa? Sebab hari ini hari special la, bak kata Ustaz Don.
1. JOm selawat ke atas rasul junjungan sebanyak mungkin. Terdapat ganjaran berlipat ganda juga yg dijanjikan Allah selain menjadi syafaat/penolong kita d padang mahsyar kelak.
Subhanallah. Berganda-ganda kelebihannya. Adapun bukan hanya sekadar nak pahala semata atau semata-mata hanya nak mengejar syurga. Memang la masuk syurga adalah impian setiap umat manusia. Tapi aku teringat akan satu pertanyaan, "Jika tiada syurga masihkah kamu menyembah Allah?". Pertanyaan ini adalah bait lagu penyanyi indonesia yg aku lupa namanya. Memang memberi peringatan. Betul juga katanya. Adakah kita beribadah membuat amalan hanya sekadar ingin mendapat syurga Allah sahaja. Alangkah indahnya jika segalanya hanya kerana ingin mendapat redhaNYA. Keberkatan dan keredhaan ALLAH dalam kehidupan dan alam yg lain.
Ada juga diceritakan amalan ini dlm al-quran.Subhanallah. Apa lagi, jangan kita peringankan perkara yg berat ganjarannya ini. Begitu mudah untuk membuat amal, Allah dah bagi kemudahan, sayang kita tak buat. Memang bukan amalan wajib, cuma amalan sunat bila mana dilaksana dpt pahala dan jika tak buat tak dpt dosa. Tpi jom tukar persepsi itu kepada sayang tak buat sebab mudah belaka.
2.Selain itu, amalan memotong kuku. Kadang-kadang kita potong kuku tak kisah hari apa. Sedangkan ada hari sunat untuk laksanakannya iaitu pada hari jumaat, isnin dan khamis, setakat yg aku blajar la. Dan cara potong pun ada sunnahnya. Bukan semberono main potong saja. Baik kiranya dijaga adab memotong kuku ni, subhanallah. Jika semua berjalan lancar, lebih banyak ganjaran yg bakal kita dpt dari Maha Pencipta.
3.Terdapat juga perkara lain yg boleh dilakukan pada hari ini. Berikut adalah antara adab-adab ketika berada pd hari mulia ini.
Wah. Aku dah bersemangat ni nak cuba buat satu persatu. Harap dipermudahkan. Bagi yang tak mampu nak buat semua, jom kita amlkan prinsip ini, "Kalau tak dapat semua, jangan tinggal semua". Biar semangat beribadah dan membuat amalan tak pudar dlm hidup kita. Sekurang-kurangnya ada walaupun sedikit, sebab amalan sedikit tetapi istiqamah itu lebih baik di sisi Allah dan lebih dicintai Rasulullah daripada amalan banyak tetapi tidak istiqamah. Tetapi amalan sedikit itu pula janganlah di buat sambil lewa sahaja, hanya sekadarnya. Biarlah walupun sedikit tetapi dilaksanakan dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas kerana Allah. Jom, biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
InsyaAllah azam.
~MRB~
Subscribe to:
Posts (Atom)







