Thursday, July 11, 2013

Tak Slalu di Atas, Tak juga Slalu d Bwh (2)





Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar....

Selepas bersedih ats penerimaan SPM, redha. Tetap bersyukur dgn nikmat iman & islam yg di berikan NYA.

Alhamdulillah. Berjaya juga menempatkan diri di KML. Maha suci Allah, dgn nikmatnya berjumpa dgn para sahabat baru dari Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Semporna, K.K, Ranau, Kundasang, K.B dan byk lagi tempat di seluruh pelusuk Sabah ini. Tidak lupa juga shbt baru dri Sarawak. Rumate I Carein Yoke dll. Sebelah bilik, Nurul, Shila dll. Dan paling ku cintai shbt2 dlm al-Irfaan yg mana baru benar2 kurasakan kehilangannya kini tika bersendirian di bumi indah Menumbok.

Dgn prestasi d KML yg agak baik, 3 pointer tuk kedua2 sem, alhamdulillah. Tidak sentiasa kita d bwh. Rezekimu sentiasa ada Ya Allah, bgi hamba2 yg mengingatiMU. Aku rindu shbt al-Irfaan ku, tatkala manis berjuang d surau al-Irfaan, tatkala membina pemikiran syumulnya Islam dgn akdmik, sahsiah, kepimpinan, ibadah, kesihatan dll, yg mana saat plg indah melalui team Laskar Pelangi. Hamba rindu.

Memilih UMS sebagai pilihan d semua 4 teratas dlm pilihan kemasukan universiti akhirnya Allah takdirkan berada juga d UMS dgn pilihan pertama iaitu Matematik dgn Ekonomi. Alhamdulillah. Hamba sgt gembira, dan plg menggembirakan bilamana ada shbt dri KML juga bersama dlm kos yg sm, Zulfa. Pointer pertamaku amat best bgi ku walaupun tak seberapa, 3.35. Alhamdulillah, syukur atas nikmatMU ya Allah. Tp bila masuk sem ke2 nah, di situ Allah mahu tunjukkan betapa satu kenikmatan itu bukan hanya berbentuk kegembiraan juga kesedihan untuk kita lebih dekat dgnNYA. Kesedihan adlh satu ujian, kegembiraan juga adlh satu ujian. Tidak sentiasa kita d ats, kita juga pernah jatuh.

Berhati2 andai kita sentiasa d atas. Kerna satu hari bila kita sudah selesa dgn kedudukan itu, takut kita lupa kita siapa andai jatuh walau satu anak tangga.

Ya Allah dudukkan lah aku dlm golongan hambaMu yg sentiasa bersyukur.


~MRB~

No comments:

Post a Comment