Tuesday, July 16, 2013
Sedikit Perselisihan Dalam Bulan Ramadhan
Bismillahirrahmanirrahim.....
Nak berkongsi lagi. Semalam tonton tv alHijrah, tengok Ustaz Farid Ravi Abdullah bgi sedikit pengisian. Ustaz kata, masuk saja bulan ramadhan pasti akan ada saja perselisihan yang timbul dlm kalangan umat Islam. Awal2 puasa lagi dah ada, iaitu mengenai "BERAPA RAKAAT NAK SOLAT TARAWIH?". Ish3. Ustaz kata terpulang la nak 8 ka atau 20 ka. Siapa rajin buat 20 rakaat, siapa malas buat 8 rakaat. Dah tu, yg buat 8 rakaat jangan pulak baca surah ala kadar nak cepat saja, biarlah tartil dan penuh khusyuk.
Ustaz kongsi pertanyaan yg pernah ustaz terima mengenai jumlah rakaat tarawih mana yg betul. Ustaz jawab, 8 rakaat pun betul, 20 rakaat pun betul, mengikut kemampuan. Bahkan ustaz sendiri pernah jumpa hadis di mana baginda nabi pernah menunaikan solat tarawih sebanyak 2 rakaat. Lalu org yg bertanya tersebut pun berusaha nk minta drpd ustaz tentang hadis tersebut. Ish3. Ada2 saja, seolah2 ingin di pegang bahwa soalan 2 rakaat tarawih shaja memadai untuk dilaksanakan.
Ustaz tambah lagi, dalam bulan puasa ni ada pulak timbul perselisihan faham tentang kelebihan puasa ramadhan mengikut hari. Hari pertama ganjarannya sebegini, hari kedua sekian2, hari ketiga dan hari seterusnya ada ganjarannya tersendiri. Ustaz kata adapun kelebihan dalam bulan ramadhan itu tidak ada yg sedemikian khususnya. Adapun yg khusus hanya pd kelebihan LAILATUL QADAR sahaja. Ustaz pesan agar kita semua tidak mudah terpengaruh dengan kelebihan2 ramadhan mengikut hari tersebut tanpa merujuk kepada hadis yg sahih. Ganjaran ramadhan itu tidaklah mengikut hari. Bahkan ganjaran ramadhan itu ada dalam setiap detik dalam bulan ramadhan tersebut. Setiap hari, setiap minit, setiap saat dlm sebulan berpuasa ada ganjaran yg ALLAH janjikan bergantung kpd hati (keikhlasan), perilaku (akhlak) dan amalan (ibadah umum atau khusus) dalam bulan ramadhan kita.
Moga ALLAH menerima segala ibadah kita di bulan mulia ini dan memberikan kita ganjaran yg baik. Insya ALLAH. Sama2 kita jaga hati kita, kerana segala2nya bermula dari hati.
~MRB~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment