Tuesday, July 9, 2013
Salam Ramadhan
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Hari pertama Ramadhan. 1 Ramadhan. Mengingatkan aku zaman kanak-kanak yg berusaha nk puasa penuh. Tahun3 mula puasa, tahun4 & 5 dapat puasa sebulan. 2 kali jak rasa puasa penuh. Xpala sekurng-kurangnya merasa. Sayu hati bila mengenang kembali saat indah menjadi kanak-kanak, sekarang dah dewasa, bujang dah. Lain perasaannya. Bila menjadi semakin matang, rasa seperti ada banyak perkara yang perlu di selesaikan. Ada banyak perkara yg perlu d buat. Ada byk perkara yg perlu difikirkan.
Dewasa kini, ada yg puasa kadang difikirkan menjadi satu tuntutan. Ada pula yg fikirkan satu keperluan. Ada pula yg fikirkan satu kesusahan. Puasa dituntut bukan untuk menyusahkan. Tapi satu keperluan utk bekalan masa hadapan. Disamping pahala yg berganda2 tdk terkira dgn angka, aspek kesihatan juga antara hikmahnya. Syukur. Beruntungnya kita. Tapi sayang andai yg memikirkan ia satu kesusahan, dgn berlapar seharian, panas terik menyambar sampai keringat memercik, dgn tarawih yg masih berkira2 dgn rakaat mana yg perlu dipilih 8 atau 20, sedangkan andai di ganti berkira2 itu jd berlumba2 dlm beramal alangkah indahnya. Sedangkan jika kesusahan itu di ganti dgn kesabaran, kesabaran dlm menahan lapar dahaga sedang tugasan harian tetap berputar bahkan jdi lebih efisyen, kesabaran dlm beribadah demi mendapat maghfirahnya disamping menjadi makanan rohani yg barusan dirutinkan selajur ramadhan tiba, kesabaran dlm mencari redhanya dgn memikirkan 'nikmat TUHANMU yg manakah yg kau dustakan?', alangkah indahnya.
Dalam bulan inilah masa terbaik utk kita perbaiki hbgn keTUHANan mahupun keMANUSIAan. Biar nafsu makan, hamba, shopping, dll yg bergelora dpt dilumpuhkan. Biar darah yg sering menyirap dpt diturunkan temparature nya. Biar amalan mulia menjadi2 ditunaikan lalu sifat mazmumah dikikis sehari ke sehari. Biar segala perbuatan menjadi persembahan utk yg ESA semata hingga menjadi amalan bukan palsu yg berterusan walau bukan hanya di bulanNYA yg mulia ini.
1. Qiamullail
2. Baca Alquran & fahami maksudnya
3. Zikrullah di masa senggang, selepas solat dll
4. Berbuat baik pd ibu bapa
5. Jimat cermat dlm berbelanja
6. Solat tarawih berjemaah di surau/masjid
Sebahagian kecil yg boleh kita perbuat dan terdapat banyak lagi amalan2 umum mahupun khusus yg bakal ALLAH bgi ganjaran dlm mencapai redhanya.
Moga bulan BERKAT ini menjadikan aku juga kita semua hamba ALLAH paling bersyukur & khusyuk dlm mengabdikan diri padaNYA walau kala susah mahupun senang, gembira mahupun duka, sihat mahupun kesakitan yg sedikit,juga saat nyawa masih dipinjamkan secara percuma ini. Ameen.
Tidak lupa juga saudara2 kita di Palestin, Syria, Mesir, Lubnan, Mindanao dan di seluruh muka bumi hak milik ALLAH ini yg semakin hebat ujian nya agar diberi kekuatan dlm menghadapi ujian hidup dgn keyakinan ALLAH MAHA KUASA, MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
Moga cintaku pada ALLAH semakin mekar di bulan keberkatan ini. Ameen.
p/s: jangan lupa doa qunut nazilah demi kemenangan ISLAM dan kehancuran REJIM di setiap ingatan kita pada ALLAH di setiap solat kita khususnya. InsyaAllah sama2 kita doakan.
~MRB~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment