Bismillahi syafi, bismillahi kafi, bismillahillazi la ya durru ma'asmi'i syaium fi ard wala fissama'i wa huassami'ul 'alim, bismilahirrahmanirrahim....
Semalam tgk tv al-hijrah, ustaz BEST cerita tentang Islam.
Ustaz cerita tentang sahabat nabi, Muaz yg memanjangkan bacaan solat semasa menjadi imam sehingga menyebabkan ada seorg shbt yg keluar drpd saff lalu solat bersendirian. Kemudian selesai solat bersendirian beliau pun menuju ke arah baginda nabi. Sahabat yg lain mengatakan kepada beliau "kamu hendak jadi apa, nak sesat ka?", dimana mereka mempersoalkan perbuatan sahabat td yg meninggalkan solat berjemaah lalu solat bersendirian. Lalu shbt td mengatakan bahawa beliau ingin berjumpa nabi untuk mengadukan kejadian sebentar tdi. Bila mana sampai aduan drpd shbt td kpda baginda nabi, lalu baginda marah tentang perkara tersebut sehingga ustaz BEST kata dimana sehingga di katakan dlm hadis2 lain bahawa dlm kejadian inilah antara kejadian yg menunjukkan nabi betul2 marah. Nabi menegur perbuatan tersebut dgn mengatakan nabi tidak suka segala perbuatan yg menyebabkan org lari drpd Islam/perkara yg baik walaupun perbuatan kita itu adalah perbuatan baik. Dalam hal ini nabi marah adlh kerana mungkin saja siapa pun sidang jemaah ada keperluan mereka masing2, mungkin saja ada yg mengejar masa, mungkin saja ada yg sakit dan sebagainya. Sedangkan rasulullah sendiri pernah mempercepatkan sedikit solat jemaah semasa menjadi imam apabila mendengar tangisan seorg budak kerna mungkin saja si ibu sedang solat berimamkan baginda.
Dalam hal ini, ianya sangatlah bersangkut paut dengan dakwah. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Uslub dakwah kita perlulah bertepatan, kata org kena gayanya. Perlu mengambil mana yg lebih aula (utama).
Ustaz BEST menyambung dengan cerita Ibnu Taimiyyah.
Pada ketika itu Ibnu Taimiyyah sedang berjalan dgn seorg sahabatnya. Kemudian mereka terlihat sekumpulan lelaki yg sedang sibuk meneguk arak. Sahabat Ibnu Taimiyyah berang dengan keadaan tersebut dan ingin melaksanakan nahi mungkar. Tetapi Ibnu Taimiyyah yg cerdik dgn cepat menghalang niat sahabatnya. Lalu sahabatnya bertanya tentang sebab perbuatan tersebut. Ibnu Taimiyyah menjawab "Sesungguhnya 'saling berbunuhan' itu lebih buruk daripada minum arak". Lalu mereka pun membiarkan situasi tersebut sehinggalah menunggu saat yg betul untuk melaksanakan nahi mungkar.
Ustaz BEST kata lagi, uslub dakwah yang tidak kena kadang mampu memberikan keburukan pada Islam itu sendiri. Ianya adalah berkaitan dgn AKHLAK. Sekiranya cara menegur, pertuturan yang digunakan adalah kasar sehingga menyebabkan org lain, saudara seislam kita sendiri menjadi semakin jauh daripada Islam adalah perbuatan yg tidak disukai nabi seperti mana kisah di atas. Seperti Imam Ghazali mengatakan dlm teka-tekinya bahawa lidah itu lebih tajam drpd pedang.
Banyak pengajaran boleh kita ambil bersama. Tapi jangan pula dijadikan alasan drpd kisah ats sehingga kita lari drpd menjadi Daie'. Moga Allah pandu setiap perbuatan kita. Akhlak itu paling utama, kerana kita pameran akhlak Rasulullah sebagai umatnya yg mencontohi baginda yg mana akhlak baginda juga adalah pameran isi alQuran.
~MRB~
.jpg)
No comments:
Post a Comment