Tertarik dengan kisah seorg suami yg meluahkan pengalaman menerima anak pertamanya bersama isteri beliau yg bernama Zulaikha. Dan yg paling tertarik adalah di bhgian pengajaran yg boleh di ambil drpdnya.
P/S : Wahai suami sekalian.. Hargailah isteri kita sebaiknya. Apabila ada tercalit perasaan tidak puas hati dan ingin marah kepadanya.. Ingatlah akan pengorbanan yang telah dia berikan kepada kita. Zuriat keturunan kita yang lahir dari rahimnya. Diamkanlah diri tenangkanlah hati. Bila keadaan kembali reda, bersuaralah. Nasihatilah mereka dengan hikmah hasanah. Bukan dengan kekerasan yang bakal mengundang padah. Sesungguhnya wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok. Andai ditegakkan dengan kekerasan nescaya kan patahlah ia. Akan tetapi andai dilentur dengan lemah lembut dan profesional, dia kan menjadi bidadari kita bukan setakat di dunia tetapi di syurga yang kekal selamanya.
Anyway tahniah buat pasangan ini. Moga berkekalan jodoh hingga hujung nyawa dan akhirat sana.
Buat suami2 di luar sana yg tidak menghargai isterinya, tolong lah belajar untuk menghargai mereka. Bukan kerana saya seorg perempuan. Bukan juga kerana si ISTERI juga adlh title pd ibumu, adikmu, kakakmu, makcikmu juga saudaramu. Tetapi kerana mereka isteri pilihanMU mahupun pilihan keluargamu yg hidup denganMU yg wajib dihargai walaupun cuma sekadar pencuci pinggan mangkukmu, bajumu, pembuat kopi untukmu, atau hanya sekadar tukang sapu antai rumahmu.
Ya, mungkin saja ada yg bosan dgn pasangan masing2. Tapi bukankah mereka pernah menjadi suri hatimu walaupun sedetik. Ingatlah, isteri bukan bahan mainan semata, tp pejuang peneraju pendidikan umat Muhammad yg baru dilahirkan drpda rahimnya yg juga amanahmu bersama. Pembentuk kesantunan akhlak dan amal ibadah murni seharian mereka. Serta banyak lagi nilaian yg juga mampu kau lihat drpd ibumu sendiri.
Jika kau ingin tinggalkannya, maka fikirkanlah berjuta sebab sebelum kau buat keputusan. Sekiranya tidak jumpa sebab memungkinkannya, batalkan saja. Fikirkan jua andai ia berlaku pd org terdekatmu. Sekiranya kau benci berlaku kpada mereka, tidak layak jugalah kau memperlakukan perkara yg sama. Melainkan tidak ada lgi walau satu jln perdamaian. Tetapi adalh lebih baik mengelak perkara yg dibenci ALLAH itu.
Sedikit tips:
1) Sekiranya permulaannya baik, maka baik jugalah pengakhirannya. Mulakan perhubungan dengan redhaNYA, maka ALLAH akn bantu kita jaga hubungan tersebut. Insya Allah.
2) Keyakinan pd ALLAH di permulaan hubungan sangat penting untuk membantu meneruskan kehidupan jangka masa panjang. Jangan ragu2, kerna ia drpd syaitan.
~MRB~
.jpg)
No comments:
Post a Comment