Tuesday, July 30, 2013

15 hari kering, 15 hari basah


Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam di tv Al-Hijrah ustaz Don crita sal period. Waktu tengok semalam baru terbuka sedikit minda untuk lebih mengetahui bilamana lelaki sendiri (yang menyampaikan iaitu ustaz Don) lebih tahu & merasa ingin memperingatkan daripada seseorang perempuan itu sendiri.

Bila bercakap soal period semalam, ikutkan kata ustaz Don, muslimin yg ada dlm studio pun pening2 dengan penerangan beliau, apa lagi warga luar studio yg hanya menonton melalui kaca televisyen sahaja. Lebih perlu penerangan yg padu & kukuh.

Sebenarnya penerangan ustaz Don semalam agak aku fahami juga la, tp perlu lebih masa & penerangan yg berulang2 utk fahaman lebih kukuh. Takut tersalah faham.

Point yg penting untuk semalam ialah:

1. setiap muslimat mesti buat jadual period masing2.
2. kiraan hari dlm jadual adalah menggunakan bulan Islam.
3. seseorang muslimat, waktu keringnya 15 hari dan waktu basahnya 15 hari juga.

Sedikit huraian & hikmah:

1. Mengapa perlu buat jadual & sangat2 digalakkan??? Manusia senang lupa & kadang mudah meringankan sesuatu yg berat. Period sebenarnya sangat bersangkut paut dgn solat, puasa & segala aktiviti harian kita. Jika salah pengiraan, takut tidak tersolat la, tidak terpuasa la, salah sangka sedang istihadah la, dan sebagainya. Point utama di sini, mengelakkan kita agar tidak LUPA. Sekiranya ada catatan, lupa boleh dielakkan. InsyaAllah.

2. Kenapa guna bulan Islam??? Kalau kita perasan, guna bulan Islam akan menyebabkan kita tersedar yg period kita sbnarnya teratur. Dibandingkan jika kita menggunakan tarikh miladiah, akan selalu tersasar tarikh datangnya ia.

3. Muslimat hanya akan kena period pada tempoh basahnya 15 hari sahaja. Kiranya lebih atau kurang dari tempoh tu barulah dikira istihadah. Contoh, dengan menggunakan kalendar hijrah, jika period bulanan bermula pada 3hb sya'ban, maka period pada bulan seterusnya iaitu ramadan juga adalah pd 3hb hijrah. Jika dikira tempoh masa 15 hari bermula 3hb, maka hari ke 15 ialah jatuh pada tanggal 17hb hijrah. Maka muslimat tersebut hanya akan period dlm tempoh masa 15 hari basah tersebut. Dan pengiraannya bermula pd tanggal 3hb utk hari yg pertama. Oleh itu, sekiranya muslimat tersebut mula period pd 5hb ianya ialah merupakan hari yg ke3, bukan hari pertama.

Semoga ada manfaat, walaupun sedikit. Sambung lgi mlm yg seterusnya di tv Al-Hijrah utk kefahaman lebih lanjut. InsyaAllah.

~MRB~

No comments:

Post a Comment