"Mana milik kita?
Tidak ada milik kita....
Semua yg ada,
ALLAH yg punya,
Tidak ada kita punya,
Kita hanya mengusahakan saja...."
Bismillahirrahmanirrahim
Sebelum berbicara lebih lanjut, manis kiranya aku mengucapkan syukur pada Allah subhanahu wata'ala. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akbar...
Teringat lagu yg indah dinyanyikan oleh allahyarham ustaz Asri. Alfatihah untuk allahyarham. Inginku bercerita tentang kisah sidia yg masih punya iman didadanya.
Sidia mampu menitiskan air mata syahdu bila mendengarkan lagu ini. Mengingatkan semula mengenai segala bentuk pinjaman Allah kepadanya. Lebih berat drpd pinjaman PTPTN yg dia miliki. Yang mana akan disoalkan di mahsyar kelak.
Lagu ini menceritakan tentang manusia yg sering lupa ini lalu diperingatkan.
Dimulakan dengan pertanyaan, "mana milik kita?"
Menunjukkan bahawa persoalan ini diberikan kepada warga umat manusia yang menyangka segala yg dimiliki sekarang berupa rumah besar mahupun kecil, pakaian cantik mahupun compang-camping, isteri anak-anak cantik mahupun yg sedang2 saja untuk sama2 berfikir semula. Juga pada dirinya. Dia berfikir.
Seterusnya dijawab dengan "tidak ada milik kita"
Bait yg mampu menyentakkan seorang manusia (dia) yg masih ada iman di dadanya. Pada awalnya menyangka bahawa dia punya segala tetapi pada hakikatnya bukan dia yg punya. Tiada apapun yg dimilikinya, barulah dia tersedar.
Kemudian, jawapan yg ampuh diberikan, "semua yg ada, ALLAH yg punya"
Makin bergetar hatinya disebutkan nama Tuhannya. Jawapan yg mampu membuatkan dia terduduk tercongok tak tahu nak kata apa. Barulah dia melihat sekeliling. Tiada apa yg dia punya. Segala yg dia ada, ALLAH yg empunya semua.
Semakin kukuh dlm hatinya dengan pernyataan "Tidak ada kita punya, kita hanya mengusahakan saja"
Barulah hatinya semakin terubat. Daripada kesedihan seolah2 ancaman pd dirinya yg sering lupa, dia tersedar bahawa dia tiada punya apa tetapi hanya mengusahakan segala yg ALLAH miliki sahaja. Barulah teguh keyakinannya yg mana segala harta benda, saham berjuta, isteri cantik indah di pandangan mata, anak2 berjaya sekolah tinggi dan sebagainya hanyalah milik ALLAH semata, hanya dia mengusahakannya sahaja.
Bila dia terfikir tentang segala yg punya ALLAH barulah dia tersedar dari lena selama ini bahawa dia hanya seorang umat yg menuntut keredhaan Tuhannya. Barulah dia tersedar dia hanya seorang hamba yg mengusahakan segala yg Tuhannya punya utk mendapat bahagia di dunia & akhirat serta keredhaannya sepanjang kehidupannya.
Mana mungkin dia tidak takut bila mendengarkan ancaman peringatan pada mulanya lagu ini sedangkan masih ada iman di hatinya. Alhamdulillah. Lalu bersyukurlah dia kerana masih punya perasaan itu dan terus sujud bersyukur pada Tuhannya seterusnya di sepanjang hidupnya. Subhanallah. Semoga dia & kita menjadi hamba2 Allah yg bersyukur.
Dan terima kasih banyak kepada sahabat yg mendedikasikan lagu ini buatnya. Moga ada ganjaran yg panjang di sisinNYA. Juga buat si pembuat lagu peringatan ini juga penyanyinya yg merdu pinjaman dari Allah Tuhannya sangat meruntun hati dan sanubari.
Moga ALLAH redha. Amiin.
~MRB~



.jpg)

.jpg)

