Julia dan Sharif dah sepuluh tahun bernikah.Berjanji setia hidup bersama,tapi belum di kurniakan zuriat.Belum ada rezeki.
"Abang,abang ndak nyesal kawin ngan ju?",kata julia pada suami tercinta.
"Ya Allah,kenapa ju kata macam tu? Abang ndak pernah fikir gitu,ju jak yang fikir lain-lain.Dah la tu,insyaallah,ndak lama lagi kita akan dapat,yang penting jangan pernah putus asa berdoa.Ok sayang.",Sharif menjawab dengan penuh pengertian.
"uwek,uweeek......."
"Allahuakbar allahuakbar......."
Setelah lima belas tahun menanti,akhirnya pasangan bahagia ini menimang cahaya mata yang pertama.Seorang anak perempuan yang sangat comel.Itulah anugerah Allah yang tidak kan dapat disamakan dengan mana-mana ciptaan makhluk,Dia lah yang terbaik.
"Selamat hari jadi,selamat hari jadi......",hari kelahiran Nur Alia Fatihah yang kelima. Mereka bertiga meraikannya dengan penuh kegembiraan. Tidak pernah pasangan suami isteri itu sebahagia itu.
"brrooom....broooom....."
"Wah,abah beli motor baru la.Cantiknya.",tutur Alia yang masih sepatah demi sepatah.
Si abah baru saja membeli motor Harley Davidson.Alia menegur abahnya yang sedang mencuci dan menggilap motor itu hingga berkilat.
"Memang la cantik.Lagi cantik dari anak abah kan? Abah sayang sangat motor ni.",balas si abah tanpa mengetahui yang anaknya cemburu dengan ucapannya sebentar tadi.
"Alia,apa alia buat ni? Habis hancur motor abah.Nak kena budak ni.",si abah hilang sabar.Lalu menuju ke dapur mengambil senduk nasi dan memukul tangan si anak sepuas hatinya.Si ibu tidak sempat berbuat apa-apa,hanya mampu menyuarakan pendapat supaya si abah berhenti sambil si ibu tersedu sedan.
"Hah,tau sakit.Lain kali jangan buat lagi",setelah berpuas hati memberi pengajaran pada si anak,si abah masuk ke rumah.Tinggallah si ibu dan si anak berpelukan di luar rumah.
Keesokan harinya,si abah keluar kota atas urusan kerja.Tinggallah si ibu dengan Alia di rumah.Hari berlalu,tangan Alia tanpa disedari semakin membengkak.
Seminggu berlalu,jari jemari Alia menjadi kehitaman.Si ibu risau lalu membawa Alia ke klinik berjmpa doktor dengan manaiki teksi kerana sudah lama tidak memandu kereta sendiri,dikhuatiri kemalangan.
"Abah,Alia janji takkan buat lagi.Boleh abah bagi balik tangan Alia? Boleh ka abah? Alia cuma ada satu tangan ni. Mana tangan Alia satu lagi? Abah,Alia minta izin,boleh abah bagi balik tangan Alia ka?",si anak menangis teresak-esak di pelukan abahnya yang baru pulang dari luar kota.
Sharif terlalu menyesal dengan perbuatannya.Dia tau,mendidik anak bukan begitu,tetapi,nasi sudah menjadi bubur.Dia hanya mampu menangis.Begitulah bila anugerah tuhan tidak dihargai sebaik-baiknya.
isk, sedih juga cerita ko ni...
ReplyDeletebila dah beridea....luahkan sj d cni...
ReplyDelete